25 Bayi Lahir Pada 1 Syawal

Diterbitkan: Jumaat, 10 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 25 bayi dilahirkan di beberapa hospital di sekitar Lembah Klang ketika umat Islam menyambut ketibaan 1 Syawal hari ini.

Kelahiran bari-bayi Raya itu amat bermakna bagi ibu bapa masing-masing yang menyambut 'hadiah istimewa' itu dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur.

Hospital Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi dengan 15 bayi setakat 2 petang ini dengan bayi pertama dilahirkan pada pukul 3.59 pagi.

"Seramai lapan bayi lelaki dan tujuh bayi perempuan di mana lapan daripadanya berbangsa Melayu, empat India manakala masing-masing satu Myanmar, Indonesia dan Afrika," kata seorang jururawat dari wad bersalin hospital itu ketika dihubungi.

Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), seramai lapan bayi dilahirkan iaitu enam bayi lelaki dan dua bayi perempuan.

Hospital Pantai Kuala Lumpur pula mencatat dua kelahiran dengan satu lelaki dan satu perempuan dengan kelahiran pertama pada pukul 6.07 pagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan