Ribut: Peniaga Terpaksa Lupakan Hasrat Balik Beraya Di Kampung

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat beberapa peniaga untuk balik ke kampung masing-masing pada Khamis bagi menyambut hari raya terpaksa dilupakan apabila kedai makan milik mereka di sekitar Flat Sri Pahang di sini, rosak teruk akibat kejadian ribut petang Rabu.

Masing-masing meluangkan masa pada Khamis untuk membersih dan membaik pulih kedai mereka yang kebanyakannya kehilangan bumbung dan dinding akibat diterbangkan angin kuat dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Rabu.

Seorang peniaga yang cuma mahu dikenali sebagai Wan Rozi Hayati, 45, berkata hasratnya untuk pulang beraya di Pasir Mas, Kelantan terpaksa ditangguhkan bagi menguruskan kedainya terlebih dahulu.

"Sewaktu kejadian, saya sedang duduk di hadapan kedai, tiba-tiba bumbung kedai milik jiran terbang sampai di hadapan kedai saya, dan sebahagian bumbung kedai turut musnah, saya tak akan balik ke Kelantan buat masa terdekat ini untuk menguruskan apa yang perlu dulu," katanya ketika ditemui Khamis.

Seorang lagi peniaga Tukira Ngisak, 65, berkata kejadian berlaku ketika dia dan anak sedang sibuk menyediakan juadah berbuka serta persiapan menyambut Aidilfitri Jumaat.

"Barang-barang untuk masak semalam habis semua rosak dalam kejadian ribut dan hujan lebat semalam, saya terpaksa tangguhkan dulu niat untuk balik ke kampung di Banting hari ini, mungkin esok boleh pulang," katanya.

Dia juga risau kerana kedainya paling teruk terjejas serta semua peralatan dapurnya rosak sedangkan perniagaan itu adalah satu-satunya sumber rezekinya.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memberi jaminan semua mangsa kejadian akan menerima bantuan untuk membaiki semua kerosakan yang berlaku.

"Kita juga akan membaik pulih kawasan yang lain sekitar perumahan ini, seperti di taman permainan dan tandas awam," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan terlibat Khamis.

Katanya untuk permulaan sebanyak RM30,000 diperuntukkan bagi membaik pulih tujuh gerai terbabit yang akan mengambiln masa sekitar dua minggu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan