Misi Bantuan Berdepan Laluan Sukar, Barangan Bantuan Tidak Dapat Diserahkan

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KARACHI: Niat murni Kelab Putera 1Malaysia untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana banjir di kawasan pedalaman Dadu tidak kesampaian apabila pasukan misi gagal memasuki kawasan berkenaan berikutan paras air yang masih tinggi.

Dalam keadaan suhu panas mencecah 48 darjah celsius serta perjalanan yang panjang, ditambah pula dengan keadaan jalan yang tidak berturap serta berbatu, sukarelawan yang menaiki van, 'coaster' dan pacuan empat roda begitu tekad mahu menghulur bantuan kepada penduduk di kawasan pedalaman tersebut.

Setelah perlu menempuh perjalanan sejauh kira-kira 620 kilometer selama 20 jam bermula 6 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia), pasukan misi kemudian terpaksa berpatah balik kerana keadaan paras air yang masih belum surut ketika berada tidak jauh dari lokasi "sasaran".

"Kita sudah hampir, tetapi air banjir masih tinggi dan kita tak boleh masuk. Kalau Pajero (kenderaan pacuan empat roda) saya rasa lepas, tetapi yang membimbangkan, takut tak lepas keluar kalau paras air terus naik," kata Presiden kelab Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau menganggarkan perjalanan ke kawasan yang hendak dituju hanya memerlukan kira-kira setengah jam sahaja.

Ekoran itu, barangan bantuan seperti tepung atta (tepung membuat capati), kuih bahulu dan ubat-ubatan yang dibawa oleh tiga buah lori, gagal diserahkan.

"Kita hanya merancang tetapi hanya Tuhan yang menentukan," katanya.

Ketika dalam misi ke kawasan pedalaman tersebut, pasukan sukarelawan terpaksa berjemur dalam keadaan cuaca panas yang ekstrem kira-kira sejam apabila tayar sebuah 'coaster' yang membawa mereka, pancit.

Sukarelawan juga hanya mengalas perut untuk berbuka puasa dengan biskut dan air mineral ketika dalam perjalanan pulang ke Karachi. Misi pasukan sukarelawan Malaysia itu turut diiringi polis dan disertai Persatuan Bulan Sabit Merah Pakistan.

Terdahulu, Abdul Azeez turut melawat kem pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Khidmat-e-Khalq (KKF) yang berpusat di bandar Dadu yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Sindh Zubair Ahmed Khan.

Misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Pakistan yang diketuai oleh Abdul Azeez memasuki hari ketujuh hari ini, dan ia disertai 68 sukarelawan termasuk 40 doktor dalam pelbagai bidang perubatan serta wakil media massa.

Misi yang bermula 3 Sept lepas itu dijadual berakhir pada 12 Sept ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan