Eratkan Perpaduan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam seluruh negara esok untuk mengeratkan lagi perpaduan yang merupakan faktor kekuatan bagi sesebuah negara.

Pemegang Amanah 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata pembangunan negara tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian, tolak ansur dan kepercayaan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

"Ia menjadi tanggungjawab setiap mereka tanpa mengira kaum dan agama untuk terus memupuk rasa hormat di kalangan pelbagai agama yang merupakan kunci kepada keamanan dan keharmonian kepada sesebuah negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata perayaan tahunan seperti Hari Raya, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina merupakan peluang yang sungguh baik bagi semua kaum untuk menyemai keharmonian, muhibah, keamanan dan perpaduan.

Selain itu, Lee berkata proses untuk membangunkan negara adalah proses yang berterusan dan apa yang telah diperolehi setakat ini hendaklah dipelihara dan dibajai supaya lebih subur.

Untuk mencapai matlamat tersebut, katanya semua rancangan untuk pembangunan dan pelaksanaan dasar terhadap keseimbangan sosial perlu digubal dan dirancang dengan semangat untuk mencapai perpaduan negara.

"Dalam hubungan ini, para pemimpin, perancang dan pelaksana dasar rancangan hendaklah komited terhadap prinsip bahawa pemikiran dan amalan mereka selalu berpandukan dan ditentukan oleh tata amalan Rukun Negara dan Kemuliaan Perlembagaan Negara," katanya yang terkilan dengan ramai rakyat Malaysia yang mengambil mudah soal perpaduan.

Tambahnya, perpaduan merupakan satu hadiah yang tidak ternilai dan merupakan asas di mana kita membina hubungan, keluarga, masyarakat dan negara.

"Perpaduan perlu bermula dari setiap individu, jika ada perpaduan di dalam pemikiran emosi dan perbuatan seseorang, ia akan diluahkan di dalam perlakuannya terhadap orang lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan