Aliran Trafik Dijangka Bertambah Sesak Lewat Petang Ini

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama kini semakin meningkat dan keadaan dijangka bertambah sesak menjelang lewat petang Khamis apabila semakin ramai warga kota memulakan perjalanan balik kampung sempena sambutan Aidilfitri Jumaat.

Jurucakap trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dijangka bermula lewat petang memandangkan Khamis masih ramai warga kota yang bekerja dan masing-masing akan memulakan perjalanan selepas waktu pejabat.

"Aliran menuju ke Kuantan dan Lebuhraya Pantai Timur masih lagi terkawal sekalipun jumlah kenderaan meningkat. Setakat ini tiada nahas jalan raya dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu laman web LLM melaporkan aliran trafik menghala ke selatan semakin sibuk terutama di antara Nilai dan Seremban.

Bagaimanapun laluan trafik ke utara masih lancar sehingga tengah hari ini, kata laman web itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan