Setiausaha Agung BN Bermesyuarat Bincang Persiapan Konvensyen BN

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung parti komponen Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuarat bagi membincangkan persiapan untuk mengadakan Konvensyen BN pada November ini di Wisma MCA.

Difahamkan, mesyuarat selama dua jam itu bermula kira-kira pada pukul 11 pagi turut membincangkan pelantikan jawatankuasa untuk menyelaras penganjuran konvensyen tersebut.

Mesyuarat yang berlangsung di Hotel Marriott di sini, dipengerusikan oleh Setiausaha Agung BN yang juga Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan bagaimanapun, ketika ditemui pemberita enggan mengulas mengenai perkara yang dibincangkan.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung MIC Datuk T. Rajagopalu dan MCA diwakili oleh Setiausaha Penganjur Tee Siew Keong.

Difahamkan, selepas mesyuarat itu, mereka mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi taklimat berhubung perkara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan