Perlu Kelulusan 51 Peratus Penduduk Untuk Buat Skim Kejiranan Berpengawal

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mewujudkan Skim Kejiranan Berpengawal (GN) perlu mendapat persetujuan majoriti penduduk (ketua isi rumah) sekurang-kurangnya 51 peratus. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata ia juga tertakluk kepada tiada sebarang paksaan atau tekanan kepada penduduk yang tidak bersetuju menyertainya.

Katanya, cadangan menubuhkan GN perlu dimaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan melalui persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

"Di bawah garis panduan GN ini, pondok pengawal hanya dibenarkan disedia atau dibina di kawasan bahu jalan dan dipastikan tidak menghalang lalu lintas," katanya ketika mengumumkan Garis Panduan Perancangan Gated Community (GC) dan GN untuk Semenanjung Malaysia di sini Rabu.

Menurut beliau, kewujudan GN adalah tidak berdasarkan kepada mana-mana peruntukan undang-undang tetapi ianya hanya wujud secara ad-hoc berdasarkan persetujuan penghuni di sesebuah kawasan kejiranan untuk menjadikan kawasan mereka sebagai kawasan berpengawal. Chor berkata GN tidak dibenarkan jika di dalam kawasan kejiranan terdapat komponen kemudahan awam utama seperti sekolah, masjid, dewan orang ramai dan sebagainya serta jika merupakan kawasan laluan pengangkutan bas awam.

Katanya, PBT boleh menentukan bilangan unit rumah (minimum dan maksimum) dalam sesuatu skim GN bagi memastikan ianya dapat dikawal dan diurus dengan berkesan.

Katanya, garis panduan mengenai GC dan GN telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 28 Julai lepas dan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 2 September lepas.

"Sekiranya kita tidak mempunyai garis panduan ini, mungkin berlaku kekeliruan," katanya.

Mengenai GC, beliau berkata pembangunannya hanya dibenarkan di lokasi-lokasi tertentu dan hanya terhad di kawasan bandar sahaja.

Katanya garis panduan ini bertujuan membantu pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak pemaju dalam merancang, mengawal dan memantau pembangunan kedua-dua skim ini.

Katanya di bawah garis panduan skim GC, luas minimum kawasan yang boleh dipertimbangkan untuk pembangunan GC ialah 1.0 hektar dan bagi pembangunan GC yang mempunyai banyak skim, luas maksimum bagi setiap skim ialah 10.0 hektar.

Chor berkata cadangan membangunkan skim GC perlu ditentukan dan ditandai dalam pelan susun atur pembangunan, khususnya bagi cadangan pemajuan kediaman berskala besar dan tertakluk kepada kelulusan kebenaran merancang oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

Katanya pembinaan sebarang tembok atau pagar yang mengasingkan sepenuhnya antara penduduk GC dan bukan GC adalah tidak dibenarkan.

Menurutnya kemudahan harta bersama termasuk jalan dalam skim GC adalah milik komuniti skim tersebut dan ianya perlu diselanggarakan sendiri oleh penghuni melalui badan pengurusan yang dilantik.

Katanya pemahaman GC dalam konteks Malaysia lebih tertumpu kepada kumpulan penduduk atau komuniti yang tinggal di kawasa kediaman bertanah berhak milik strata.

Beliau juga berkata bagi cadangan binaan pondok pengawal adalah berstruktur kekal untuk GN, pemohon iaitu persatuan penduduk perlu pohon kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) daripada pejabat tanah daerah manakala pembinaan pagar mengeliling kawasan sempadan skim kejiranan ini tidak dibenarkan.

Untuk GN ini juga, halangan dalam bentuk sekatan fizikal sementara seperti manual boom gate, kon dan papan tanda keselamatan boleh diberi pertimbangan untuk dipasang atau diletak di lokasi sesuai di jalan masuk berhadapan pondok pengawal dengan syarat terdapat pengawal keselamatan bertugas mengawal sekatan tersebut selama 24 jam.

Garis panduan kedua-dua skim ini wajib dikuatkuasakan selepas kerajaan-kerajaan negeri meluluskannya di peringkat jawatankuasa perancangan negeri.

Kerajaan-kerajaan negeri, yang pada dasarnya bersetuju dengan garis panduan ini yang diluluskan oleh Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan, diberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk menerimapakai dan menguatkuasakan garis panduan ini, kata beliau.

"Garis panduan ini bermaksud untuk pembangunan baru, yang sedia ada jika tidak melanggar secara keseluruhan garis panduan berkenaan akan dibenar untuk diteruskan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan