Panggil Balik Duta Jika Rundingan Malaysia-Indonesia Gagal

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bertegas supaya Wisma Putra memanggil balik duta Malaysia ke Indonesia sekiranya rundingan dua hala melibatkan sensitiviti rakyat dan negara ini gagal dilaksanakan.

Beliau berkata, Malaysia perlu mengambil pendirian tegas dengan menyampaikan mesej jelas kepada Indonesia berhubung bantahan rakyat negara ini terhadap kekocahan yang berlaku di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Kita mesti hantar mesej yang tegas dan jelas kepada Jakarta bahawa kita tak akan bertoleransi bagi memastikan demonstrasi itu dihentikan untuk melindungi kedutaan kita, kita mesti panggil balik duta kita sebagai tanda protes," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada 'Wira-Wira Kotaraya' di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Rabu.

Hubungan Malaysia-Indonesia diseret ke kancah kontroversi berikutan tindakan Polis Gerakan Marin (PGM) menahan tiga penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu kerana didakwa memasuki perairan negara.

Kejadian berkenaan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan segelintir rakyat Indonesia hingga mendorong kepada pelbagai aksi yang menjejaskan keharmonian negara berjiran termasuk membakar Jalur Gemilang dan kegiatan kumpulan Bendera Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang mengapikan semangat Ganyang Malaysia.

Selain itu Ahli Parlimen Rembau berkenaan turut mendakwa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman gagal menyempurnakan misi rundingan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Dr Marty M Natalegawa berhubung isu sensitif yang mengguris perasaan kerajaan dan rakyat negara berjiran.

"Saya berpendapat bahawa mesej ini (bantahan) tak disampaikan dengan jelas oleh Menteri Luar kepada rakan sejawatnya daripada Indonesia.

"Kita nampak tak ada tindakan serius daripada kerajaan Indonesia dan pihak keselamatan Indonesia untuk menjamin keselamatan kedutaan kita," katanya.

Katanya lagi, Menteri Luar sepatutnya lebih tegas dalam soal isu sesitif yang dicetuskan oleh rakyat Indonesia kerana melibatkan maruah negara.

Malah Khairy turut mempersoalkan kesungguhan pihak keselamatan Indonesia dalam menangani isu berkenaan.

"Sekiranya berlaku apa-apa kejadian tak diingini di kedutaan asing di Malaysia, saya percaya polis kita akan tangani dengan segera untuk pastikan ia tak berterusan.

"Tapi di sana (Indonesia) kita tak dapat jaminan yang sama daripada pihak keselamatan Indonesia, jadi apa guna kita cakap soal mengakaji semula SOP (Prosedur Piawai) dalam kes-kes melibatkan penguatkuasaan sedangkan masalah pokok iaitu serangan terhadap kedutaan kita dan penghinaan terhadap institusi kita tak dapat ditangani oleh pihak keselamatan Indonesia," katanya.

Ditanya sama ada tindakan memanggil balik duta Malaysia akan menjejaskan hubungan diplomasi kedua-dua negara, Khairy berkata: "Ia akan beri kesan, tapi adakah kita nak jaga hubungan diplomasi dengan menggadaikan maruah kedutaan kita.

"Berapa lama lagi kita perlu bertoleransi? Panggil duta kita balik untuk hantar mesej kepada Indonesia supaya mereka ambil perhatain terhadap kedutaan kita di sana, ia juga sebagai tanda kita hilang kelayakinan terhadap pihak keselamatan di Jakarta."

Bagaimanapun Khairy menegaskan, beliau berharap persefahaman secara diplomatik dapat dicapai bagi menjaga hubungan baik kedua-dua negara.

"Panggil duta kita balik juga merupakan salah satu mesej diplomatik, itu hanya signal protes.

"Kita patut panggil duta balik sekiranya Menteri Luar gagal, namun kita masih berharap Menteri Luar hantar mesej itu dengan jelas," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan