Makin Ramai Pelancong Thailand Dijangka Ke Langkawi

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kemasukan pelancong Thailand ke Langkawi tahun ini diunjurkan meningkat 30 peratus daripada 200,000 orang pada tahun lepas.

Pengarah Urusan Langkawi Satun Ferry Sdn Bhd, anak syarikat Konsortium Feri Langkawi, Ku Azhar Ku Razak berkata, peningkatan itu membolehkan syarikat itu mengadakan perkhidmatan tambahan ke Satun di Thailand yang dijadual beroperasi 1 Okt ini.

"Kita menerima jemputan dari pihak Satun untuk mengadakan perkhidmatan feri tambahan berikutan permintaan yang semakin meningkat," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (Mou) antara konsortium itu dan Syarikat Satun Inter Ferry Co Ltd di sini malam Selasa.

Ku Azhar mewakili konsortium itu manakala pihak Satun diwakili Pengerusi Syarikat Satun Inter Ferry Co Ltd, Rosee Baikadem. Majlis disaksikan Pengarah Tourism Kedah Roslan Othman yang mewakili Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Konsortium itu diwakili empat syarikat iaitu Ekspress Bahagia (Langkawi) Sdn Bhd, JVM Ferry Services Sdn Bhd, Rowest (Langkawi) Sdn Bhd dan Sejahtera Ferry Services Sdn Bhd dengan menyediakan 38 buah feri. Pada masa ini, sebuah syarikat feri telah mengadakan perkhidmatan feri ulang alik dari Langkawi ke Satun.

Ku Azhar berkata MoU itu bagi membolehkan syarikat berkenaan mengadakan perkhidmatan feri tambahan berikutan ramai pelancong Thailand berminat berkunjung ke Langkawi. Terdapat enam perjalanan ulang alik antara Langkawi dan Satun dengan dikenakan bayaran RM30 seorang untuk satu perjalanan.

Beliau berharap Tourism Kedah dan pihak Satun memperhabatkan promosi di beberapa destinasi seperti Bangkok untuk memperkenalkan perkhidmatan itu.

"Kita bercadang memperluaskan perkhidmatan ke pulau berdekatan Satun pada masa depan," katanya.

Roslan pula memberi jaminan akan membantu mempromosi perkhidmatan feri itu secara meluas.

Beliau berkata, selain perkhidmatan feri, CIG Global Helicopter Tour & Services Sdn Bhd yang mengendalikan perkhidmatan helikopter akan mengadakan perkhidmatan di Satun dan serta pulau-pulau berdekatan di Thailand tidak lama lagi.

Perkhidmatan itu yang mula beroperasi tahun lepas menjadi tarikan baru kepada pelancong ke Langkawi untuk menikmati keindahan panorama pulau peranginan itu dari udara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan