Loji Rawatan Air Sungai Semenyih Mula Beroperasi - Berita Semasa | mStar

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih Mula Beroperasi

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang ditutup sementara awal pagi tadi berikutan sumber air mentah dari Sungai Kembong, Selangor tercemar dengan sisa buangan dari pusat pelupusan sampah, telah dibuka semula mulai pukul 4 petang tadi.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan di sini, Selasa berkata loji yang diuruskan oleh Konsortium ABASS Sdn Bhd itu mula beroperasi berikutan kandungan ammonia telah turun ke paras 1.17 mg/l.

Pengguna di empat wilayah Syabas iaitu Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Petaling Jaya yang terjejas bekalan air sejam pukul 10 pagi tadi telah mula menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat mulai pukul 5 petang hingga selewat-lewatnya pukul 2 petang, Rabu bergantung kepada lokasi.

"Kawasan-kawasan yang jauh dan tinggi di jangka paling akhir menerima bekalan sebelum ianya pulih sepenuhnya," kata kenyataan itu.

Talian bebas tol Syabas di Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) yang tergendala selama hampir dua jam antara pukul 7 malam hingga 8.30 malam tadi semasa krisis tersebut berlaku, juga telah pulih sepenuhnya.

"Para pengguna terutamanya di kawasan-kawasan yang terjejas disarankan agar menghubungi Puspel di talian bebas tol 1-800-88-5252 bagi mendapatkan bantuan bekalan air menerusi tangki statik ataupun untuk mendapatkan status terkini," kata Syabas.

Para pengguna juga boleh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 39222 atau melayari laman web Twitter dengan menaip www.twitter.com/puspel serta membuat carian "puspel syabas" di Facebook bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan gangguan tersebut.

Sehingga kini, Syabas masih mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah sehingga keadaan pulih sepenuhnya bagi kemudahan pengguna-pengguna mendapatkan bantuan dan maklumat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan