Lebih Ramai Rakyat Peka Dengan Hak Asasi Manusia - Suhakam

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata lebih ramai rakyat Malaysia peka dengan pengertian hak asasi manusia. Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata ini terbukti dengan lebih ramai rakyat negara ini tampil untuk menggunakan kaedah Suhakam.

"Mereka termasuk kumpulan mudah terdedah dan terpinggir, penduduk pribumi, wanita dan kanak-kanak, golongan berusia dan terpinggir dari segi ekonomi yang tidak mempuyai jalan keluar untuk menyalurkan rungutan masing-masing," katanya.

Dalam kenyataan bagi memperingati Hari Suhakam esok, Hasmy berkata antara aktiviti yang dilaksanakan oleh suruhanjaya itu termasuk siasatan awam berhubung penahanan peguam Biro Bantuan Kuala Lumpur pada 7 Mei tahun lepas.

Selain itu, Suhakam juga telah menanjurkan latihan mengenai hak asasi manusia untuk pegawai polis dan anggota RELA serta Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Katanya aduan kepada Suhakam itu termasuk kegagalan polis mengambil tindakan, tangkapan dan penahanan, penggunaan kekerasan yang keterlaluan oleh pegawai penguatkuasa, siasatan terpilih dan penafian hak untuk berhimpun secara aman dan kebebasan bersuara.

"Satu lagi isu yang menjadi kebimbangan Suhakam adalah berhubung soal memeluk agama Islam," katanya.

Menurutnya pihaknya telah mengemukakan memorandum kepada Majlis Raja-Raja tahun lepas dengan mengesyorkan keseragaman dalam pentadbiran undang-undang Syariah antara negeri dan prosedur jelas mengenai kes memeluk agama Islam.

Hasmy berkata suruhanjaya itu akan meneruskan usaha yang dicapai sebelum ini sejak badan itu ditubuhkan pada 9 September 1999 dengan memuji tindakan positif kerajaan bagi melindungi dan mendokong hak asasi manusia.

"Ia adalah menyelitkan 'gender' sebagai salah satu alasan melarang diskriminasi, memperbaiki keadaan pusat penahanan dan lokap polis, menggunapakai Konvensyen Menentang Rasuah dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya," katanya.

Hasmy berkata selain mengadakan proses dialog dengan agensi kerajaan berkaitan, suruhanjaya itu akan terus menjalinkan hubungan kerja yang baik dengan ahli-ahli Parlimen, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan media. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan