KPDNKK Sambut Baik Akta Halal Bawah JAKIM

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menghadapi masalah sekiranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhasrat mempunyai akta halal sendiri.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata pada masa ini JAKIM tidak mempunyai akta sendiri berkaitan perihal halal kerana akta tersebut masih terletak di bawah Akta Perihal Dagangan kementerian itu.

"Kalau satu hari nanti JAKIM ada akta sendiri, mereka boleh membuat ujian, memproses lesen dan termasuklah membuat pemantauan dan sebagainya. Tetapi mereka mestilah mempunyai akta sendiri dahulu.

"Saya difahamkan mereka mahukan akta halal.Jadi kementerian sangat menyambut baik perkara ini," katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan jualan murah di pasaraya Sogo, dekat sini, Rabu.

Jelas beliau, walaupun sehingga kini Akta Perihal Dagangan terletak di bawah KPDNKK, autoriti dan kepakaran tentang isu halal masih diberikan kepada JAKIM.

Sebuah Jawatankuasa Khas juga telah ditubuhkan antara KPDNKK dan JAKIM dalam usaha menangani isu-isu dan masalah berkaitan produk halal.

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu sendiri.

Katanya, KPDNKK memandang isu halal sebagai satu isu serius dan tidak akan berkrompomi jika terdapat mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Kita akan sentiasa membantu dan bekerjasama dengan JAKIM dalam hal ini walaupun JAKIM yang membuat ujian halal, pemeriksaan, pemantauan dan sebagainya," katanya.

Mengulas hasil tinjauan di pasaraya Sogo yang dibuat bersama Pegawai Penguatkuasa KPDNKK dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, Ismail berkata dia berpuas hati dengan pasaraya berkenaan yang disifatkan sebagai menepati kehendak dan peraturan kementerian..

Lawatan kira-kira satu jam itu dibuat bertujuan melihat sama ada peniaga benar-benar mematuhi peraturan jualan murah yang baru ditetapkan KPDNKK awal Ramadan dulu.

"Kita telah meminta peniaga menghantar notis jualan murah dan menyenaraikan senarai barang yang akan dijual dengan meletakkan harga asal dan harga yang ditawarkan kepada KPDNKK.

"Dalam tempo tersebut, KPDNKK telah mensyaratkan peniaga meletakkan dua tanda harga iaitu tanda harga asal dan tanda harga selepas diskaun bagi membolehkan pengguna membuat perbandingan sebelum membeli," katanya.

Sepanjang peraturan baru itu diperkenalkan, KPDNKK belum menerima sebarang aduan orang ramai berhubung penipuan harga jualan murah.

Pun begitu, sepanjang Januari hingga pertengahan Ogos 2010, sebanyak 173 aduan penipuan harga diterima dengan jumlah kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM8,200 dan jumlah denda sebanyak RM12,202.

"Kita akan tunggu aduan orang ramai. Jualan murah pun baru bermula dan kita belum dapat kenal pasti sejauh mana jualan murah yang dibuat itu betul-betul murah," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan