Keluarga Kes Ditembak Polis Serah Memorandum

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Wakil keluarga enam kes ditembak polis dan mati ketika dalam tahanan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta tindakan diambil ke atas anggota polis yang menyalahguna kuasa.

Kes yang dimaksudkan termasuklah kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang meninggal dunia akibat terkena tembakan polis di Shah Alam, Selangor April lalu, dan temannya, Azzamudin Omar, 15, yang cedera ditembak dalam kes sama.

Kes-kes lain adalah Mohd Afham Arin, 18, dari Johor yang meninggal dunia akibat ditembak pada Oktober tahun lalu, Norizan Salleh, 30, dari Kuala Lumpur yang terkena lima tembakan juga pada Oktober tahun lalu, Shahril Azlan, 26, dari Selangor yang cedera ditembak pada April tahun lalu dan dan A. Kugan, 22, yang mati dalam tahanan polis Januari tahun lalu.

Memorandum itu dihantar bersama oleh beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan Lawyers For Liberty dan diserahkan kepada wakil kementerian di sini.

Jurucakap Lawyers For Liberty N. Surendran berkata, keluarga mangsa mahu tindakan diambil ke atas semua pegawai polis yang menyalah gunakan kuasa, termasuk pendakwaan atau tindakan disiplin.

"Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas pesalah supaya kejadian penyalahgunaan kuasa polis seperti ini tidak berulang lagi pada masa depan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan