Hanya 46 Premis Saji Bufet Ramadan Patuh Piawaian Halal Jakim

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya 22 hotel dan 24 restoran daripada 96 premis yang diperiksa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi sajian bufet Ramadan didapati mematuhi piawaian Pensijilan Halal Malaysia.

Selebihnya iaitu 33 hotel dan 17 restoran tidak mematuhi piawaian itu kerana didapati menggunakan bahan yang diragui halal sekaligus menyalahgunakan status halal, kata Ketua Pengarah JAKIM Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata perkara itu dikesan semasa pemeriksaan dan pemantauan Bahagian Hub Halal JAKIM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sepanjang 1 hingga 29 Ramadan ini.

Kesemua pemeriksaan itu dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah meliputi hotel bertaraf lima bintang dan ke bawah termasuk hotel yang merupakan pemegang Sijil Halal Malaysia JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya pemeriksaan dan pemantauan itu tidak termasuk yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam setiap negeri.

Wan Mohamad berkata pemeriksaan dan pemantauan itu bertujuan untuk memastikan premis makanan menyediakan makanan halal yang mematuhi standard halal yang juga selaras dengan hukum syarak.

"Di samping itu, ia penting bagi memastikan semua pengusaha hotel dan premis makanan yang belum menjadi pemegang Sijil Halal Malaysia tidak sewenang-wenangnya menggunakan perbahasan halal iaitu 'bufet ramadan'," katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pensijilan halal dan senarai pemegang sijil halal JAKIM di laman web halal JAKIM di www.halal.gov.my. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan