19 Terkorban Pada Hari Kedua Ops Sikap Ke-22

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 kes kematian akibat kemalangan jalan raya dicatat pada hari kelima Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan bilangan yang terbunuh sejak operasi itu bermula Jumaat lepas kini berjumlah 67 orang.

Perangkaan di laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sehingga semalam majoriti yang terkorban adalah dari kalangan penunggang motosikal dan dua kematian melibatkan kereta serta satu penjalan kaki.

Enam kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, empat jalan negeri, tiga jalan bandaran, dan masing-masing dua lebuh raya serta lain-lain.

Perangkaan PDRM juga menunjukkan daripada 1,313 kemalangan yang dicatat semalam, 606 berlaku di jalan bandaran, jalan persekutuan (297), jalan negeri (219), lebuhraya (124), dan lain-lain (67).

Sebanyak 11,245 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Sikap ke-22 yang bermula sejak 3 September lalu dan berakhir pada 17 September ini.

Ops Sikap yang mula beroperasi sejak tahun 2001 oleh PDRM mendapat kerjasama daripada pihak Agensi Kerajaan yang lain khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ikatan Relawan Rakyat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, pihak swasta seperti TM Berhad, PLUS Berhad, MTD, dan badan uniform seperti St.John Ambulan NGO. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan