PLUS, MIROS Edar 50,000 CD 'Love Life'

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PLUS Expressways dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mengedar 50,000 keping video cakera padat album 'Love Life' kepada pengguna lebuh raya PLUS sebagai satu medium kempen keselamatan jalan raya yang baru.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways Berhad Nik Airina Nik Jaafar berkata video cakera padat itu akan diberi secara percuma di 10 buah plaza tol utama selama tiga hari bermula Selasa.

Beliau berkata ia merupakan pendekatan yang kreatif dengan menggunakan lagu-lagu untuk mendidik dan mengingatkan orang ramai supaya mencintai kehidupan, sayangi nyawa dan seterusnya berhati-hati semasa di jalan raya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran bersama kempen keselamatan 'Love Life' dengan Ketua Pengarah Miros Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah di Persada PLUS di sini, Selasa.

Album tersebut memuatkan lagu-lagu oleh artis popular tempatan antaranya Datuk Khatijah Ibrahim, Nora, Jaclyn Victor, Noh Hujan, Tomok, Dayang Nurfaizah dan Dina.

Sementara itu, Ahmad Farhan berkata projek Love Life merupakan satu usaha pemasaran sosial Miros untuk mengkaji pendekatan baru dan berbeza terhadap usaha mengubah tabiat dan kelakuan pengguna jalan raya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan