Pemuda Umno Buka Kaunter Daftar Pemilih Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIT: Pergerakan Pemuda UMNO peringkat negeri dan bahagian telah diminta membuka kaunter pendaftaran pemilih sempena program rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh semua UMNO bahagian, kata Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO, Hisyamuddin Yahya.

Beliau berkata semua biro perlu mengambil kesempatan sempena rumah terbuka itu untuk mendaftarkan seberapa banyak pemilih terutama di kalangan anggota pergerakan itu.

"Kita mensasarkan sekurang-kurangnya 20,000 pendaftar baru dapat didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang program rumah terbuka tahun ini," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri di Kampung Senin, di sini, Selasa.

Katanya, langkah membuka kaunter pendaftaran itu bertujuan mengambil kesempatan daripada kehadiran pengunjung yang tinggi pada majlis rumah terbuka itu.

Katanya, setiap program rumah terbuka Aidilfitri peringkat bahagian dianggarkan menerima kunjungan antara 10,000 hingga 20,000 orang.

"Kita juga berharap parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain supaya membuka kaunter bersama kerana kehadiran pelbagai kaum pada acara itu," katanya.

Hisyamuddin berkata jika 100 orang pengundi baru didaftarkan di setiap bahagian, bermakna matlamat 20,000 yang disasarkan akan tercapai.

Beliau berkata seramai 155,471 daripada 618,965 anggota pergerakan itu yang berusia 21 hingga 40 tahun masih belum berdaftar sebagai pengundi.

Katanya usaha akan dijalankan untuk memastikan sekurang-kurang 70 peratus atau seramai 108,829 daripada jumlah berkenaan didaftarkan sebagai pengundi sebelum akhir tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan