Masa Depan Zaid Dalam PKR Malap, Cadang Sertai PAS - Zul Nordin

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin berpendapat masa depan Datuk Zaid Ibrahim dalam parti itu akan berkubur.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berpendapat, ada pihak-pihak tertentu dalam PKR kini sudah mula membaca 'talkin' untuk Zaid sebaik sahaja mengumumkan pendirian untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu November ini.

"Saya cukup yakin, dengan pengumuman (bertanding Timbalan Presiden) itu, mereka sudah mula membaca talkin buat Zaid," katanya.

Selain itu Zulkifli berkata, Zaid bakal menerima nasib yang sama dengannya apabila menjadi mangsa konspirasi sewaktu dipecat daripada PKR dahulu.

"Saya tidak mahu komen panjang, pertama Zaid perlu ingat apa yang dia sendiri lakukan semasa konspirasi nak memecat saya dari menjadi Ahli Parlimen PKR tidak lama dahulu.

"Apabila saya menuntut Jawatankuasa Disiplin yang mahu membicarakan saya hendaklah terdiri daripada ahli yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah Allah, Zaid langsung tidak membuat pendirian apa-apa... di mana Zaid pada waktu itu?" katanya.

Zulkifli berkata demikian melalui entri terbaru blognya zul4kulim.blogspot.com bagi mengulas mengenai tindakan 20 Ahli Parlimen PKR yang diketuai Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas menyatakan sokongan terhadap Naib Presiden parti, Mohamed Azmin Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Malah sebelum itu, Zaid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR turut mendedahkan bahawa beliau menerima amaran dan ugutan sekiranya meneruskan hasrat bertanding jawatan nombor dua itu.

Bagaimanapun Zulkifli mencadangkan agar Zaid menyertai PAS jika bekas ahli Umno itu mahu melakukan perubahan.

"Saya cadangkan kepada Zaid kalau benar beliau mahu lakukan perubahan, sertai PAS. Saya cukup yakin PAS boleh menerima orang saperti Zaid dan beliau perlu sedar bahawa PAS adalah parti yang benar-benar ikhlas mahu melakukan perubahan kearah kebaikan, iaitu kearah Islam," katanya.

Tambah beliau lagi, jika menyertai PAS, Zaid berperanan untuk menyedarkan ahli dan pemimpin parti itu yang terpengaruh dengan janji-janji manis rakan sekongkol mereka dalam Pakatan Rakyat.

"Segelintir di kalangan mereka (ahli PAS) berada dalam sedikit kekeliruan kerana terpengaruh dengan dakyah golongan Anwarinas dan yang sewaktu dengannya serta berkiblatkan orang lain sebagai pemimpin dengan gendang palsu ke Putrajaya.

"Orang saperti Zaid boleh menyedarkan PAS daripada 'mimpi indah' mereka dalam persekongkolan dengan Pakatan Rakyat," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan