Malaysia Perlu Tambah Bakat Berkemahiran Dalam Industri Kereta Api

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Malaysia perlu menambah bakat berkemahiran dalam industri kereta api memandangkan permintaan yang semakin meningkat bagi kepakaran sedemikian, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Selasa.

"Malaysia masih baru dalam industri kereta api, jadi bolehlah difahami universiti-universiti kita tidak menghasilkan jurutera kereta api kerana tidak ada permintaan bagi mereka.

"Sekarang ada permintaan untuk mereka dan inilah bidang yang perlu kita tambah untuk membekalkan kepakaran. Scomi Engineering mengadakan kursus dalaman dan membawa masuk kepakaran sebagai peserta industri," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kejuruteraan Teknologi dan Inovasi Scomi Engineering Bhd.

Beliau berkata kemasukan Scomi dalam liga dunia yang turut disertai Bombardier dan Hitachi, telah meletakkan tanda aras bagi keupayaan dan teknologi tempatan dalam industri kereta api.

Scomi Engineering dan rakan konsortiumnya, Larsen & Toubro, memperoleh projek Monorel Mumbai bernilai RM1.846 bilion pada November 2008.

Projek itu merupakan laluan sepanjang 20km di antara Jacob Circle dengan Chembur di Mumbai. Ia mempunyai satu depoh pusat dan 18 stesen yang mesra pengguna dan sangat selamat.

"Kita bangga sebuah syarikat watan berjaya menembusi satu daripada ekonomi terpantas pertumbuhannya di dunia, iaitu India.

"Ini menghasilkan eksport barangan dan perkhidmatan; barangan dalam bentuk unit-unit kereta api, manakala perkhidmatan dalam bentuk perundingan dan kepakaran," tegas beliau.

Mustapa berkata projek Monorel Mumbai yng telah mencatatkan rekod pencapaian yang baik bagi Scomi, juga telah membuka pintu kepada usaha niaga dalam pasaran-pasaran lain.

Scomi juga akan membida bagi projek-projek lain di Brazil dan banyak lagi di India.

Ia juga menyasarkan projek di negara-negara Teluk. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan