Kit Siang Seru Semua Pihak Hentikan Kata-Kata Menghina Kaum dan Agama

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin dan penasihat DAP Lim Kit Siang secara tegas meminta semua pihak termasuk para pemimpin parti politik supaya berhenti mengeluarkan kenyataan berunsur rasis atau mencemar agama khususnya di dalam media sosial dan internet.

Beliau meminta agar semua rakyat Malaysia yang waras tidak kira dari parti dan fahaman politik mana sekali pun mereka memihak supaya bersatu kembali kepada ketertiban, kesopana, beralas rational dalam membicarakan soal-soal kemasyarakatan di dalam blog mahupun internet.

“Peningkatan penggunaan kata-kata kesat dan rasis serta perbuatan menghina agama orang lain di dalam media sosial dan juga internet wajar mendapat perhatian daripada semua pihak.

“Dalam apa keadaan sekali pun sebarang perbahasan dalam memperkatakan tentang kaum dan agama mestilah tidak harus sampai ke tahap yang paling rendah," katanya di dalam entri terbaru blognya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan