Kenderaan Di Lebuhraya Plus Dijangka Meningkat Rabu Dan Khamis

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHANGLUN: Jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pada hari Rabu dan Khamis dijangka meningkat kepada 1.4 juta berbanding 1.1 juta pada hari biasa.

Pengarah Urusan Plus Ekspressways Berhad Noorizah Abd Hamid berkata pada ketika ini jumlah kenderaan yang melalui lebuh raya itu telah bertambah kepada 1.2 juta tetapi perjalanan adalah lancar.

Beliau berkata disebabkan cuti persekolahan sempena sambutan Aidilfitri bermula awal, jadi sudah banyak keluarga mengambil kesempatan untuk balik ke kampung awal dan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi juga sudah mula pulang ke kampung.

"Ini salah satu faktor yang menyebabkan perjalanan di lebuh raya Plus berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Lampu Isyarat di Kilometer (km) 1.5 Simpang Leka Tamin dan KM 9.5 Simpang Pauh di sini, Selasa.

Pembinaan dua lampu isyarat itu membabitkan kos RM700,000.

Noorizah berkata bagi menghadapi musim perayaan ini, Plus telah menambah jumlah kakitangan untuk bekerja pada musim perayaan dan Plus juga turut mendapat kerjasama daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi membantu menjalankan tugas di semua kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom yang merasmikan pelancaran lampu isyarat itu berkata dengan tambahan dua lampu isyarat di kawasan tersebut, ia akan dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan yang berlaku.

"Setiap hari kira-kira 300 kenderaan berat melalui lebuhraya ini kerana ia menjadi laluan utama untuk ke Thailand. Jadi dengan pertambahan lampu isayarat ini, ia dapat memberi keselesaan kepada pengguna lebuhraya untuk melintas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan