JPJ Terima 26,880 Rakaman MMS Kesalahan Trafik

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jabatan Pengangkutan Jalan menerima 26,880 aduan bergambar melaluiKhidmat Pesanan Multimedia (MMS) daripada orang awam yang merakamkan kesalahan trafik dari Januari hingga Ogos lepas.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata daripada jumlah aduan itu, 16,349 sudah selesai, 4,659 kes disenarai hitam dan 5,872 lagi masih dalam siasatan.

Antara kesalahan kes aduan MMS itu ialah melanggar lampu isyarat (7,890 kes); memotong garisan berkembar (2,012); memotong barisan (3,190) dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu (850) selain tidak memakai topi keledar (5,597 kes), katanya kepada pemberita ketika membuat pemeriksaan di terminal bas ekspres Lembah Kampung Sireh, dekat sini, hari ini.

Solah berkata bahawa untuk musim perayaan ini, JPJ tidak akan mengadakan sekatan jalan raya sebaliknya menggunakan pendekatan yang lebih berkesan melalui aduan orang awam menggunakan MMS.

Ditanya sama bantuan orang ramai dalam menggunakan khidmat aduan menerusi MMS itu menyalahi undang-undang, beliau berkata perkara itu sudah dibincangkan secara terperinci.

"Ini kerana setiap aduan yang diterima perlu mempunyaiketerangan yang cukup seperti gambar, masa dan tempat kesalahan yang jelas sebelum sesuatu tindakan diambil. Kita juga akan memanggil pesalah ke pejabat JPJ terdekat untuk temu janji dan soal siasat," katanya.

Mengenai pemeriksaan bas ekspres, Solah berkata, JPJ telah mengadakan pemeriksaan di 32 depot atau terminal bas itu di seluruh negara bagi memastikan pengusaha syarikat bas mematuhi peraturan jalan raya.

Beliau juga berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), tiada pemandu dikesan menggunakan dadah tetapi dua penumpang didapati positif HIV melalui ujian air kencing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan