AirAsia Tawar Promosi 'Dua Tempat Duduk Pada Harga Satu Tempat Duduk' - Berita Semasa | mStar

AirAsia Tawar Promosi 'Dua Tempat Duduk Pada Harga Satu Tempat Duduk'

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd telah melancarkan promosi "Two to Go" yang menawarkan pelanggannya dua tempat duduk pada harga satu tempat duduk.

Dalam satu kenyataan di sini Selasa, AirAsia berkata promosi itu disediakan bagi tempoh perjalanan dari 14 September hingga 15 November tahun ini.

"Promosi itu adalah ganjaran istimewa bagi peminat kerana sokongan mereka dengan promosi ekslusif melalui platform media sosial," katanya.

Katanya tawaran itu meliputi destinasi domestik dan antarabangsa yang termasuk Perth, London, Chengdu, Mumbai, Delhi, Bandung, Hat Yai, Colombo, Hong Kong, Langkawi, Terengganu dan banyak destinasi lain dari serendah RM19 (perjalanan sehala sahaja).

AirAsia berkata para pelanggannya boleh mendapatkan perkembangan lanjut promosi, acaranya dan maklumat lain melalui Twitter (www.twitter.com/AirAsia) dan blognya (www.blog.airasia.com). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan