Agensi Kerajaa Diminta Adakan Majlis Di Premis Ada Logo Halal

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua agensi dan badan kerajaan yang ingin mengadakan sesuatu majlis termasuk jamuan hari raya di sesebuah premis dinasihatkan memastikan tempat itu mempunyai logo halal yang sah.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Jailani Ngah berkata Datuk Seri Najib Tun Razak memberi perhatian serius terhadap status halal ini selain menitikberatkan aspek itu dalam majlis-majlis atau upacara yang dihadirinya.

"Usaha melakukan pemeriksaan ke atas premis makanan dan restoran yang mencurigakan menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menangani isu halal yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini yang mana mereka menyalahgunakan logo halal untuk kepentingan sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyertai pemeriksaan terhadap dua premis makanan di Jalan Pudu Ulu, Cheras, di sini, Selasa.

Pemeriksaan mengejut itu disertai 15 petugas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ekoran aduan orang ramai berkaitan penyalahgunaan sijil halal di kedua-dua premis makanan berkenaan.

"Pemeriksaan sebegini akan kerap dijalankan bagi menunjukkan kerajaan tegas dalam menangani gejala pengeluaran logo palsu yang semakin berleluasa," kata Jailani.

Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata melalui pemeriksaan pertama di sebuah restoran Cina Muslim yang menawarkan 'dim sum' dan 'steamboat' halal milik sebuah hotel, mendapati premis itu dalam proses mendapat kelulusan halal Jakim.

"Jakim tidak mengeluarkan kelulusan sijil dan logo halal ke atas restoran itu dan adalah menjadi kesalahan menggunakan logo tanpa kebenaran pihak kami," katanya selepas pemeriksaan selama tiga jam sejak 11 pagi itu.

Beliau berkata pengurusan premis itu masih dalam proses permohonan mendapatkan pensijilan halal.

Ketua Penguatkuasaan KPDNKK Negeri Cawangan Kuala Lumpur, Othman Nawang, berkata premis itu dikenakan tindakan kerana risalahnya menyalahi Seksyen 31B dan Seksyen 15 Akta Perihal Dagangan 1972 kerana menggunakan logo tanpa kebenaran Jakim.

Pemeriksaan selanjutnya di sebuah restoran masakan Thai berdekatan mendapati premis itu menggunakan logo palsu menyerupai logo Jakim.

Restoran itu telah diberi amaran dan logo palsu itu ditanggalkan oleh pihak Jakim. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan