80 Peratus Pinjaman Bagi Gadai Jamin Tidak Lembabkan Pasaran Harta

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan mengenakan nisbah pinjaman berbanding nilai (LVR) sebanyak 80 peratus bagi gadai janji tidak akan melembabkan pasaran harta dalam jangka panjang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung.

Namun demikian, perlu ada struktur tertentu bagi memastikan ia tidak menjadi bebanan kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

"Untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah membeli rumah, barangkali harus ada satu struktur yang membolehkan pembeli yang ingin membeli rumah berharga RM500,000 ke bawah, mendapatkan pinjaman sebanyak 90 peratus manakala mereka yang berhasrat membeli rumah berharga melebihi RM500,000, bolehlah diberikan pinjaman 80 peratus," katanya kepada pemberita selepas melawat Zephyr Point, suatu contoh projek bina dan jual, di sini, Selasa.

"Saya serahkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat keputusan cara terbaik tetapi dalam jangka panjang, saya tidak fikir 20-80 peratus akan melembapkan pasaran harta kerana hari ini satu peratusan besar pembelian dibuat boleh pembeli-pembeli tulen. Mereka memerlukan rumah, itulah sebabnya mereka membeli," katanya.

Chor berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada cadangan mengenakan pinjaman 80 peratus bagi pembeli rumah akan melembapkan pasaran harta kerana langkah itu berkemungkinan dilaksanakan bagi menampan risiko gelembung harta.

Baru-baru ini, BNM dilaporkan sedang berbincang dengan bank-bank tentang langkah-langkah yang mungkin diambil untuk membendung spekulasi tentang harga harta.

Dilaporkan langkah-langkah itu, yang berkemungkinan termasuk LVR 80 peratus bagi gadai janji, dipercayai disasarkan kepada pembeli rumah mewah dan rumah yang bukan untuk didiami pemiliknya.

Sementara itu, Chor berkata, kementeriannya sedang bersungguh-sungguh mencari rakan kongsi untuk memulihkan semula 47 projek perumahan terbengkalai yang ada sekarang secepat mungkin.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntuk kira-kira RM200 juta untuk membantu pemaju memulihkan semula projek-projek terbengkalai ini.

"Bukan mudah bagi pemaju untuk membantu.

"(Bagaimanapun), jika benar-benar tiada keuntungan diraih daripada pemulihan projek-projek terbengkalai ini, dana itu boleh digunakan sebagai pampasan bagi pemaju-pemaju ini," tegas beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan