Umno Perak Mahu Heret Nizar Ke Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 6 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Umno Perak hari ini mendesak Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya segera membuktikan tuduhan bahawa Umno terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.

"Umno Negeri Perak meminta Nizar segera menunjukkan bukti penglibatan Umno dalam mengubahsuai gambar itu, atau beliau bersedia diheret ke mahkamah jika enggan atau gagal berbuat demikian," kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Beliau berkata sebuah akhbar Jumaat lepas melaporkan kenyataan pemimpin PAS itu yang menuduh Umno menukarkan wajahnya yang sedang menyembelih lembu kepada wajah Lim Guan Eng.

"Secara jelas, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang telah menamakan parti Umno sebagai pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak beretika itu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Khusairi berkata perbuatan menunding jari kepada Umno dalam isu itu adalah sangat mengelirukan dan merupakan satu tuduhan yang berat terhadap sebuah parti politik berperlembagaan, berperaturan dan bermaruah.

Beliau berkata pembangkang nampaknya sudah ketandusan modal untuk mengheret Umno dalam polemik sehinggakan sanggup menuduh parti itu melakukan sesuatu tidak beretika yang lumrah dilakukan oleh "cyber-trooper" di dalam internet. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan