Kementerian Kewangan Kaji Permudahkan Pinjaman Untuk Usahawan Baru

Diterbitkan: Isnin, 6 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sedang mengkaji kaedah terbaik bagi memudahkan proses pinjaman untuk usahawan baru, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kementerian menerima banyak maklum balas daripada golongan itu, terutama mengenai kesukaran mendapatkan pinjaman berikutan pelbagai syarat dikenakan pihak bank seperti rekod kewangan dan cagaran.

"Kementerian akan mengkaji (pinjaman) SME Bank, Agro Bank, Tekun Nasional (Tekun), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan beberapa bank komersial lain, dan seterusnya merangka satu jalan penyelesaian bagaimana untuk memudahkan proses pinjaman itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kursus "Memperkasa Kelas Peralihan: Membasmi Kemiskinan di Masa Depan" anjuran Sri Murugan Centre (SMC) di Universiti Malaya, Ahad.

Selain itu, kementerian juga akan mencari jalan menyelesaikan masalah usahawan yang berhasrat memulakan perniagaan kerana kebanyakan mereka sukar memperoleh pinjaman daripada bank.

Ahmad Husni berkata kerajaan mungkin mengumumkan kelonggaran berhubung kemudahan memohon pinjaman itu dalam Bajet 2011 Oktober depan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan