Jamil Minta Masyarakat Jaga Sensitivi Isu Kaum, Agama

Diterbitkan: Isnin, 6 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

POKOK SENA: Orang ramai perlu mengelak daripada membangkitkan perkara sensitif menerusi sebarang medium terutama isu agama dan kaum supaya tidak timbul perasaan marah dan tidak puas hati orang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tidak kira apa agama sekalipun yang dianuti, jika orang menghina pegangan agama dan kepercayaan akidah agama itu, sudah pasti akan timbul perasaan marah.

"Jadi jangan sampai kepada berlaku satu tindak balas yang menyebabkan masing-masing berada dalam keadaan tidak tenang dan tidak tenteram," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program tanggungjawab korporat Bank Islam Malaysia Berhad di sini Ahad.

Beliau berkata, kesan daripada penghinaan kepada kepercayaan sesuatu agama itu akan menyebabkan permusuhan bukan sahaja di laman sosial Facebook tetapi juga permusuhan yang melibatkan bangsa, agama dan soal kerukunan masyarakat di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa individu yang menggunakan internet seperti Youtube dan laman sosial Facebook untuk menghina Islam, orang Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.

Jamil Khir berkata beliau berharap masyarakat menghormati pandangan orang lain dan jangan mengambil tindakan bersendirian sehingga menghina orang lain dalam laman sosial yang bersifat kebebasan.

"Kebebasan sebenarnya ada batasannya...janganlah sampai kita mencerobohi hak orang lain sehingga menimbulkan rasa tak senang dan marah orang terhadap kita," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan