Puad Sokong Cadangan Siasat Agenda Bendera

Diterbitkan: Ahad, 5 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyokong cadangan pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) supaya disiasat sama ada Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mempunyai motif untuk menimbulkan konflik di kalangan umat Islam Malaysia dan Indonesia.

Katanya siasatan perlu dilakukan segera bagi mengenal pasti sama ada dakwaan JMM bahawa pemimpin Bendera yang berhubungan dengan ahli politik di negara ini mempunyai agenda besar.

"Pada saya isu demonstrasi bukan isu besar tapi timbul pertanyaan apakah mereka ini (Bendera) mempunyai agenda besar.

"Kenapa mereka dari semasa ke semasa mencari apa sahaja isu untuk menganjurkan demonstrasi yang akhirnya tindakan ini boleh merugikan umat Islam di dua negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya dan berbuka puasa bersama golongan kurang berkemampuan anjuran Pertubuhan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) di sini, Sabtu.

JMM telah meminta pihak berkuasa di negara ini supaya menyiasat penglibatan beberapa ahli politik dan editor sebuah portal berita dengan pemimpin Bendera dan Gerakan Anti Malaysia yang dikhuatiri boleh mencetuskan isu perkauman dan agama serta merosakkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

Dr Puad turut meminta Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar supaya berhati-hati dalam membicarakan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan atau bersifat menghasut.

"Ini kerana dia (Nuruk Izzah) seolah-olah mempertikaian hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perkara 153 demi untuk meraih sokongan daripada kaum bukan Melayu," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan