Pelajar Malaysia Di Christchurch Selamat

Diterbitkan: Ahad, 5 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Semua 11 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Lincoln University di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat selepas gempa bumi kuat melanda Christchurch semalam.

Semua 11 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Lincoln University di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat selepas gempa bumi kuat melanda Christchurch semalam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Jabatan Penuntut Malaysia di Wellington berjaya menghubungi kesemua lapan pelajar wanita dan tiga lelaki berkenaan serta sudah memaklumkan keadaan mereka kepada keluarga masing-masing di Malaysia.

"Memandangkan keadaan jalan yang rosak dan perintah berkurung yang dikenakan, pegawai kita di Wellington tidak dibenarkan untuk pergi ke sana. Kita hanya dapat menghubungi para pelajar dan mengenal pasti segala keperluan yang mereka perlukan lebih-lebih lagi ketika mereka berpuasa," katanya di sini Ahad.

Beliau berkata pelajar Malaysia diminta berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia bagi memudahkan sebarang pemantauan dan pertolongan dilakukan terhadap mereka.

Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter melanda Christchurch dan beberapa tempat di South Island sehingga mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan jambatan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan