Pastikan Hidangan Untuk Rumah tTerbuka Halal: Jakim

Diterbitkan: Ahad, 5 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri supaya memastikan persediaan makanan adalah daripada bahan halal atau tidak meragukan (syubhah).

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata amalan rumah terbuka digalakkan kerana ia dapat mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat serta memupuk keharmonian antara penganut pelbagai agama.

Namun, katanya penganjuran rumah terbuka tidak seharusnya membuka ruang kepada amalan dan pemakanan haram atau yang meragukan terutama dalam penyediaan juadah.

"Sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk memilih dan bagi seorang Muslim adalah wajib bagi kita untuk mengenal pasti bahan yang dibeli adalah disahkan halal seperti ayam, daging dan produk yang berasaskan haiwan.

"Oleh itu pastikan hanya makanan halal yang terjamin kualitinya, bersih lagi selamat dijadikan sebagai hidangan. Sebagai seorang muslim, ingatlah bahawa kuasa memilih di tangan anda," katanya dalam kenyataan di sini Ahad. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan