MB Berdepan Pertandingan 4 Penjuru Pemilihan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor - Berita Semasa | mStar

MB Berdepan Pertandingan 4 Penjuru Pemilihan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor

Diterbitkan: Ahad, 5 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan berdepan dengan pertandingan empat penjuru bagi mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor dalam pemilihan yang akan diadakan pada 3 Oktober depan.

Selain Abdul Khalid, tiga lagi nama yang mengesahkan pencalonan mereka ialah bekas Ketua Wanita PKR Kuala Selangor Fauziah Sulaiman, 52, bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Mazli Saring, 42, dan bekas guru Muhammad Kamil Vaanan Abdullah, 44.

Mazli ketika ditemui pemberita di sini Ahad berkata keputusan untuk bertanding merebut jawatan itu dibuat bertujuan memperbaiki beberapa perkara yang tidak betul yang sedang berlaku dalam pimpinan sekarang.

Beliau berkata antara perkara yang perlu diperbetulkan ialah isu Mesyuarat Agung PKR Kuala Selangor pada Mac lepas yang didakwa tidak sah kerana tiada notis pemberitahuan yang sewajarnya diberikan manakala penyata tahunan yang dibentang tidak mengikut peraturan.

"Tapi yang lebih penting peluang untuk bertanding ini menunjukkan bahawa PKR menjunjung demokrasi. Apapun peluang semua calon (untuk menang) adalah sama rata kerana masing-masing mempunyai penyokong dan kekuatan tersendiri," katanya.

Seorang lagi calon, Muhammad Kamil berkata beliau bertanding untuk membuktikan demokrasi masih wujud dalam PKR.

"Saya nak pertandingan yang sihat, menang atau kalah saya tidak risau.

Berkenaan hal lain saya no komen, biarlah penyokong yang menentukan," katanya.

Seramai 6,218 ahli PKR di bahagian berkenaan layak mengundi pada pemilihan yang akan diadakan pada Mesyuarat Agong Tahunan PKR Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 3 Oktober depan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan