Majlis Jalinan Kasih Ramadan Rai Golongan Kurang Kemampuan

Diterbitkan: Ahad, 5 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 40 orang anak-anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin dari sekitar Lembah Klang diraikan dalam Majlis Jalinan Kasih Ramadan Al-Mubarak di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, Sabtu.

Setiausaha Persatuan Bantuan Kebajikan Keluarga Islam Malaysia Datuk Fauzi Johan berkata program itu bertujuan memberi sumbangan dalam membantu golongan kurang berkemampuan menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Katanya program itu merupakan kesinambungan kepada tiga program Semarak Kasih yang dianjurkan sejak 2008.

Beliau memberitahu seramai 500 orang telah disenaraikan sebagai penerima sumbangan termasuk mereka yang tinggal di luar bandar.

"Tetapi disebabkan kesukaran untuk mereka hadir pada hari ini, kita hanya dapat meraikan penerima dari sekitar Lembah Klang," katanya.

Majlis itu diserikan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Raudhah yang juga merupakan anak-anak yatim, sebelum menerima sumbangan masing-masing yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan