Mahasiswa Seragam Ala Tentera Demo Di Kedutaan Besar Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 5 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pelajar berpakaian ala tentera seramai 40 orang merupakan kumpulan terbaru yang menjadikan Kedutaan Besar Malaysia di sini sebagai sasaran demonstrasi berikutan insiden di peraiaran berhampiran Pulau Bintan pada 13 Ogos lalu.

Dalam aksi selama satu jam 15 minit itu, mereka yang mendakwa dari Resimen Mahasiswa Indonesia menyatakakan siap untuk berperang secara fizikal dan bukan fizikal dengan Malaysia dan meminta rakyat Indonesia bersikap perang dengan Malaysia.

Kumpualan penunjuk perasaan itu turut meminta kerajaan Indonesia bersikap tegas dalam menjaga kedaulatan wilayah Indonesia dan memohon Malaysia meminta maaf kepada Indonesia serta menghormati negara itu.

Pada suatu ketika mereka bertolak-tolakan dengan anggota Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar Kedutaan Besar Malaysia.

Mereka memberitahu akan mengadakan satu lagi demonstrasi di tempat sama pada 7 September.

Beberapa kumpulan mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia serta bangunan milik syarikat Malaysia di sini bagi menunjukkan kemarahan berhubung insiden yang membabitkan pihak berkuasa negara tersebut yang ditahan dalam perairan Malaysia.

Malaysia dan Indonesia dijadual mengadakan pertemuan di Kota Kinabalu pada Isnin ini bagi membincangkan insiden tersebut.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan