Wakil Kerajaan Negeri Dalam Keda Perlu Bekerjasama

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berharap pelantikan anggota lembaga pengarah daripada wakil kerajaan negeri akan mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat di negeri itu.

Beliau berkata wakil kerajaan negeri berkenaan juga diharap dapat membantu menguruskan pentadbiran lembaga itu tanpa memikirkan fahaman politik dan ikhlas menyalurkan bantuan menerusi Keda.

"Jangan ada unsur politik dalam pembangunan Keda kerana unsur politik bukan perkiraan bagi mendapatkan bantuan daripada Keda," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan Aidilfitri kepada 1,000 warga emas, orang kelainan upaya dan golongan miskin Parlimen Alor Setar di sini Sabtu.

Ahmad Bashah berkata beliau yakin wakil kerajaan negeri yang menjadi anggota lembaga pengarah mampu memberi kerjasama yang baik dalam memastikan pembangunan Keda dapat ditingkatkan.

"Saya gembira Keda dapat diteruskan bagi tempoh 10 tahun lagi, dan untuk itu, kita (anggota lembaga pengarah lama dan baru) perlu bekerjasama bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan daripada Keda," katanya. Pelantikan itu berkuatkuasa mulai bulan ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan