Usaha Agar Umat Islam Bersatu Padu Bukan Saranan Politik

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Usaha supaya umat Islam negara ini bersatu padu bukan merupakan cadangan yang bersifat politik tetapi ia adalah perkara yang amat dituntut oleh agama, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sabtu.

Beliau yang menyambut baik saranan penyatuan umat Islam negara ini sebagaimana yang dicadangkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani baru-baru ini, juga mahukan cadangan itu disambut baik oleh semua pihak termasuk mereka yang berlainan fahaman poltik.

"Tetapi malangnya, mereka yang menyambut seruan perpaduan itu hanya satu dua badan sahaja, yang lain tak buat apa-apa. Seruan supaya umat Islam negara ini bersatu padu itu bukan merupakan sesuatu saranan politik." "Sebaliknya perpaduan adalah amat penting bagi umat Islam, bukan untuk meneruskan perjuangan Ummah," kata Muhyiddin ketika berucap pada majlis khatam Al-Quran dan berbuka puasa di Masjid Jamek Pekan Pagoh di sini.

Isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri oleh Badan Amal Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) kepada 200 orang golongan fakir miskin dan 100 anak yatim dari kawasan Parlimen Pagoh.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, melahirkan kebimbangannnya terhadap perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam disebabkan perbezaan pegangan politik masing-masing.

Katanya, perpecahan yang berlaku ini telah mengakibatkan usaha mempertahankan kesucian agama Islam serta usaha memajukan umat Islam negara ini terjejas.

"Kita perlu berhati-hati, kita tidak mahu asas pembinaan negara Islam yang kukuh yang kita bina selama ini hancur hanya disebabkan oleh politik," katanya.

Beliau turut menyatakan kejadian di mana seorang orang bukan Islam dibenar menyampaikan tazkirah di sebuah masjid baru-baru ini sebagai sesuatu yang amat luar biasa dan tidak pernah berlaku di dalam sejarah negara ini.

"Amat luar biasa ada orang Islam membenarkan orang bukan Islam bertazkirah di depan mimbar Masjid dan anehnya imam (masjid berkenaan) tidak bertindak menyekat perbuatan itu," katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangannya terhadap tindakan pihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan yang menyentuh perasaan dan sensitiviti orang Melayu serta bukan Melayu.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan