Segerakan Penyampaian Saman Ekor Kepada Penerima - Kong

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha meminta polis memastikan semua saman ekor yang dikeluarkan sepanjang Ops Sikap ke-22 bermula Sabtu dapat disampaikan dengan kadar segera bagi mengelak kesulitan kepada penerima.

Beliau berkata polis perlu memikirkan kaedah terbaik bagi mempercepatkan proses penghantaran saman itu berikutan banyak aduan yang diterima daripada pengguna mengenai perkara itu.

"Ada yang mengadu hanya menerima saman selepas dua hingga lima tahun dari tarikh kesalahan yang didakwa dilakukan.

"Ini satu tindakan kurang cekap kerana menimbulkan banyak kesulitan kepada mereka. Ia terlalu lama dan sukar bagi mereka untuk menyemak sama ada benar atau tidak kesalahan itu dilakukan," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan Hari Raya di Kampung Melayu Baru, Felcra Simpang Dua, Sitiawan, dekat sini Sabtu.

Kong mencadangkan agar saman itu disampaikan dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas kesalahan dikesan.

Beliau berkata aduan pengguna berhubung perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana kelewatan penghantaran saman berkenaan menyukarkan penerima dan isu seperti itu hanya menimbulkan kemarahan orang ramai serta memberi imej buruk kepada kerajaan.

Polis sebelum ini telah menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga 28 Februari tahun depan.

Ops Sikap ke-22 yang akan berakhir 17 Sept dilancarkan serentak Jumaat di seluruh negara menjelang sambutan Hari Raya Puasa minggu depan.

Pada majlis itu, sebanyak 40 orang anak yatim, ibu tunggal, anak istimewa dan keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan harian daripada Kong yang juga Anggota Parlimen Lumut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan