Rosmah Mahu Masyarakat Kekalkan Sifat Penyayang, Prihatin

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mahu masyarakat mengekalkan sifat penyayang dan prihatin dengan terus membantu golongan yang kurang bernasib baik di negara ini.

Beliau berkata menerusi penganjuran program-program amal, masyarakat berpeluang untuk menyumbang demi memenuhi keperluan golongan itu.

Usaha menjaga kebajikan golongan yang kurang bernasib baik tidak seharusnya hanya diletakkan atas tanggungjawab kerajaan semata-mata, katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan meraikan anak-anak yatim kawasan Parlimen Pekan, di sini, Sabtu.

Katanya pelbagai program telah dilaksanakan kerajaan bagi memastikan golongan anak yatim dan yang memerlukan tidak terpinggir dan ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 200 anak yatim dari kawasan Parlimen Pekan.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan