PRU Akan Datang Penentu Kelangsungan Melayu - Mustapa Mohamed

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pilihan raya umum akan datang amat penting bagi orang Melayu kerana ia akan menentukan kelangsungan mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata ini kerana perkembangan semasa menunjukkan hak orang Melayu sentiasa dicabar sekalipun telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pilihan raya itu akan menentukan sama ada orang Melayu akan terus meneraju negara ini atau sebaliknya, kata beliau semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik peringkat Pejabat Pelajaran Pasir Puteh, di sini malam Jumaat.

"Berasaskan kedudukan itu Umno mesti memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan negeri bagi menguatkan kedudukan selain terus berkuasa mempertahankan Perlembagaan yang sedia ada bagi faedah orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata Umno negeri itu kini berusaha mendampingi golongan pendidik di Kelantan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana katanya, golongan itu paling rapat dengan rakyat selain mempunyai pengaruh besar ke atas masyarakat.

Diharapkan golongan guru dapat membantu menarik rakyat untuk menyokong BN, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan