Projek Baru Di Hospital Raja Perempuan Zainab 11

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Tiga projek baru membabitkan peruntukan RM640 juta bakal dilaksanakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kata Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan.

Beliau berkata ketiga-tiga projek itu merupakan projek penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan hospital untuk kegunaan orang awam.

"Tiga projek yang akan dijalankan di HRPZII nanti ialah pembinaan Kompleks Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak, Perkhidmatan Kardiotorasik serta Unit Rawatan Rapi yang bernilai RM500 juta.

"Projek kedua pula membabitkan kos sebanyak RM100 juta iaitu membina bangunan empat tingkat sebagai wad pengasingan serta menggantikan wad kelas pertama dan kedua lelaki dan wanita," katanya.

Katanya projek ketiga pula membabitkan kos sebanyak RM40 juta iaitu bagi membina parkir bertingkat untuk kegunaan kakitangan serta pelanggan hospital yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Dr Ghazali Hasni berkata ketiga-tiga projek itu akan dilaksanakan di tapak sedia ada di kawasan hospital berkenaan.

Sementara itu mengulas mengenai status terkini pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMK-9 beliau berkata dua projek iaitu blok jabatan sajian HRPZII dan projek menaik taraf perkhidmatan rawatan perubatan di blok bangunan Ambulatory Care Centre (ACC) dan unit Haemodalisis (Kedua) kini hampir siap sepenuhnya pada bulan ini. "Bagi projek blok jabatan sajian yang menelan belanja sebanyak RM16 juta ianya dijangka siap tidak lama lagi iaitu mengikut tarikh jangkaan ialah pada 10 September ini.

"Manakala bagi projek menaik taraf perkhidmatan rawatan perubatan di blok bangunan Ambulatory Care Centre (ACC) dan unit Haemodalisis (Kedua) itu yang menelan kos RM10 juta kini pihak kontraktor sedang dalam peringkat menangani segala senarai kecacatan seperti klinik, respiratori, kepala paip dan sinki makmal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan