PLUS Ambil Tiga Strategi Pastikan Kelancaran Trafik Semasa Musim Perayaan

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Urusan PLUS, Noorizah Abd Hamid memegang panduan perjalanan untuk cuti Hari Raya Aidilfitri 2010 dan kad PLUSMiles yang menawarkan rebat tambahan 20 peratus sepanjang masa (24 jam) pada 6, 7, 8, 13, 14 dan 15 September 2010. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
Pengarah Urusan PLUS, Noorizah Abd Hamid memegang panduan perjalanan untuk cuti Hari Raya Aidilfitri 2010 dan kad PLUSMiles yang menawarkan rebat tambahan 20 peratus sepanjang masa (24 jam) pada 6, 7, 8, 13, 14 dan 15 September 2010. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

PETALING JAYA: PLUS Expressways Berhad (PLUS) mengambil pendekatan tiga strategi khusus untuk memastikan orang ramai menikmati perjalanan yang selamat, lancar dan selesa pada musim cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Pengarah Urusan PLUS Noorizah Abd Hamid berkata, tiga strategi khusus tersebut ialah aspek pengagihan trafik, keselesaan pengguna dan pengurusan trafik yang cekap bagi menghadapi pertambahan trafik untuk memastikan perjalanan orang ramai di lebuh raya-lebuh raya kendalian PLUS adalah selamat, lancar dan selesa.

"Ini kerana kami menjangkakan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari-hari biasa pada cuti musim perayaan ini," katanya.

Noorizah berkata, PLUS memperkenalkan jadual Panduan Perjalanan (PP) sebagai salah satu saranan atau panduan bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka semasa musim perayaan.

Jadual PP itu terdiri daripada cadangan waktu perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ia bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Konsep PP yang mula diperkenalkan pada tahun 2007 adalah berdasarkan kajian PLUS mengenai pola perjalanan orang ramai di lebuh raya pada musim-musim perayaan sejak beberapa tahun lalu.

Ia juga merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kelancaran trafik di lebuh raya semasa musim perayaan.

“Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, kira-kira 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan oleh PLUS. Oleh itu, kami berharap orang ramai akan terus memberikan kerjasama dengan mematuhi jadual yang dikeluarkan pada perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang,“ katanya.

Sementara itu, Noorizah memberitahu, PLUS akan menutup lorong tambah nilai di plaza-plaza tol pada 6-9 dan 16-19 September bagi mengelak berlakunya kesesakan di plaza-plaza tol.

"Bagaimanapun, kaunter Reload Touch ’n Go dibuka pada 6-9 dan 16-19 September di R&R terpilih bagi membolehkan pengguna lebuh raya menambah nilai kad Touch ’n Go atau kad PLUSMiles mereka," katanya.

Lain-lain persediaan PLUS bagi menjamin keselesaan pengguna termasuk 1,000 kaunter tol dibuka untuk memudahkan urusan pembayaran tol, penempatan hampir 3,000 kakitangan di plaza-plaza tol serta 400 anggota sokongan seperti RELA di lokasi sepanjang lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat.

Selain itu, pasukan bantuan kecemasan ditubuhkan dan ia melibatkan 120 anggota pasukan Bomba, Polis, St John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Jabatan Pertahanan Awam yang bersedia di 12 lokasi strategik, 24 jam sehari.

Bagi pengurusan trafik yang cekap, Noorizah berkata, PLUS dengan persetujuan pihak berkuasa akan membuka lorong kecemasan di lokasi-lokasi tertentu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada masa-masa puncak tertentu.

Katanya, PLUS akan turut menyediakan maklumat trafik terkini menerusi sistem pesanan ringkas (plusMA), meningkatkan rondaan PLUSRonda dan perkhidmatan trak tunda di lokasi-lokasi strategik di sepanjang lebuh raya.

”Kami menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan mereka dan menghubungi talian bebas tol PLUSLine di 1800 88 0000 untuk mendapatkan maklumat trafik terkini,” kata Noorizah.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan