Petugas Banci Terima Gaji, Elaun Sebelum Raya

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Semua petugas kontrak untuk Banci Tahun 2010 akan menerima bayaran gaji dan elaun masing-masing sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kerajaan tidak akan menangguhkan bayaran kepada pembanci terbabit, namun jika ada yang masih belum menerimanya, ia adalah kes terpencil dan kerajaan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah itu dengan segera.

"Mungkin terdapat sebilangan kecil pembanci yang belum menerima elaun mereka kerana kemungkinan bayaran itu dalam proses, tetapi kita tidak memandang ringan walaupun ia kes terpencil, saya akan hubungi Ketua Perangkaan Negara untuk menyelesaikan masalah ini", katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada keluarga miskin dan anak yatim Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tempatan bahawa seramai 50 pembanci di kawasan Manjoi, Jelapang dan Taman Meru belum menerima bayaran sejak memulakan tugas dari 28 Jun hingga 22 Ogos lepas.

Nor Mohamed berkata pembanci tidak sepatutnya berdepan masalah mendapatkan bayaran mereka kerana kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai pembayaran elaun atau gaji mereka.

"Kita mahu mereka dibayar sebelum Hari Raya supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk menyambut hari Raya ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan