Pelajar Universiti Perlu Capai Kematangan Politik Sebelum Terbabit Dalam Politik - Berita Semasa | mStar

Pelajar Universiti Perlu Capai Kematangan Politik Sebelum Terbabit Dalam Politik

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penuntut universiti perlu mencapai kematangan politik iaitu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai parti politik di Malaysia sebelum membabitkan diri dalam politik.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin berkata perlu ada tanda aras seperti gred mata minimum 2.5 sebelum dibenarkan mengambil bahagian dalam pemilihan majlis wakil pelajar di universiti masing-masing.

"Kerajaan perlu memastikan bahawa kebenaran membabitkan diri dalam politik tidak menjejaskan pengajian mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat ke-12 Pemuda Gerakan di sini, Sabtu.

Lim berkata demikian ketika mengulas gesaan beberapa pihak supaya pelajar universiti dibenarkan terbabit dalam politik.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa dialog sempena sesi 'Townhall' Makmal Pemuda Barisan Naisonal (BN) di sini minggu lepas, berkata beliau masih terbuka untuk menerima cadangan walaupun Kabinet pada dasarnya tidak bersetuju dengan pembabitan pelajar universiti dalam politik.

Secara keseluruhan, Pemuda Gerakan berpendapat golongan muda perlu diberi platform untuk menyuarakan kebimbangan mereka, kata Lim.

Gerakan Pemuda juga mencadangkan supaya kerajaan mengurangkan syarat umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

Selain itu, pergerakan itu juga tidak bersetuju dengan pelaksanaan Akta Hubungan Kaum bagi menggantikan Akta Hasutan dan mencadangkan supaya kerajaan mengkaji perkara itu, katanya.

"Kita tidak sepatutnya ada akta ini bagi memaklumkan rakyat bahawa kita harus bersatu padu...kita lahir di negara ini dan perlu mempunyai kesedaran bahawa kita semua sudah menjadi warga Malaysia," katanya.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan