Namewee Disoal Siasat SKMM lebih Tujuh Jam

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Pencipta lagu kontroversi, Wee Meng Chee, Jumaat disoal siasat lebih tujuh jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung klip videonya dalam YouTube, yang mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Johor kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

Wee atau lebih dikenali sebagai Namewee, yang ditemani pengurusnya Fred Wong, tiba di ibu pejabat SKMM di sini pukul 12.30 tengah hari dan selesai memberi keterangan kira-kira 8 malam.

Ketika ditemui pemberita, Wee berkata beliau diminta hadir semalam untuk memberi keterangan berhubung klip video berkenaan.

Katanya, beliau disoal siasat empat pegawai polis dan SKMM, namun enggan mendedahkan maklumat yang diberikan kepada mereka.

"Mereka tidak memberi sebarang amaran kepada saya atau mengugut saya dengan tindakan tertentu. Mereka hanya ingin mendapatkan butiran mengenai video klip yang saya hantar dan saya telah menjawab semua soalan mereka.

"Saya menjawab dengan jujur kerana saya tidak mempunyai sebab untuk berasa takut, niat saya menghantar klip video itu ialah sebagai bantahan terhadap sikap perkauman dan bukan kerana saya rasis," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan