Mubarak Usul Penubuhan Lembaga Kemiskinan

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan mencadangkan kerajaan menubuhkan Lembaga Pengurusan Kemiskinan bagi menyelaraskan semua program pembasmian kemiskinan di negara ini. Yang Dipertuanya Abdul Aziz Mohd Yassin berkata lembaga itu akan berperanan membuat kajian dan siasatan terperinci dalam mengatur bantuan dan rancangan yang lebih berkesan bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat sama ada di bandar atau luar bandar.

"Satu daripada matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan 40 tahun lepas oleh Allahyarham Tun Razak (Hussein) adalah bertujuan menghapuskan kemiskinan dengan banyak agensi membuat rancangan membasmi kemiskinan dan saya fikir sudah sampai masanya untuk mewujudkan satu lembaga pengurusan kemiskinan yang dapat mengumpulkan agensi-agensi terlibat dalam satu organisasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Semarak Kasih Mesra Ramadan dan penyampaian sumbangan kepada lebih 250 anak yatim, ibu tunggal dan golongan asnaf bagi Wilayah Persekutuan yang turut disampaikan oleh ibu Perdana Menteri Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah di Memorial Tun Hussein Onn, Bukit Perdana, di sini Sabtu.

Turut hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Panel Pembangunan Wanita dan Keluarga Mubarak Wilayah Persekutuan ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang juga setiausaha Mubarak Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Abdul Aziz berkata pihaknya akan menghantar kertas kerja mengenai penubuhan lembaga itu yang telah siap tiga tahun lepas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Aidilfitri ini.

"Sekiranya terdapat satu organisasi untuk membasmi kemiskinan, ia dapat menangkis setiap tuduhan seolah-olah kerajaan rasis dalam membuat rancangan menghapuskan kemiskinan di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera sahaja.

Ini kerana, orang bukan Melayu sudah selesa, orang Melayu terutama di kawasan luar bandar masih bergantung kepada cara lama pertanian yang melibatkan kemiskinan," katanya.

Beliau juga mencadangkan lembaga itu diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memudahkan pemantauan.

"Pada fikiran saya, belum ada lain-lain negara yang menubuhkan lembaga seperti itu, kita boleh menjadi negara pertama mempunyai lembaga ini...dengan itu negara lain akan datang untuk mempelajari cara-cara mengatasi kemiskinan di negara kita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan