Keputusan Mansuh UPSR Dan PMR Selepas Raya

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan sama ada untuk memansuhkan atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom telahpun diarahkan untuk mengadakan sesi meja bulat terakhir bagi membincangkan secara mendalam isu berkenaan.

Katanya, semua pihak berkepentingan daripada sesi meja bulat sebelum itu akan dipelawa mengambil bahagian dalam sesi berkenaan untuk memberi pandangan masing-masing.

"Kita akan jemput pilihan peserta daripada dua meja bulat sebelum ini supaya mereka boleh mendengar hasil kedua-dua mesyuarat meja bulat yang awal dan mendapat pandangan menyeluruh mengenai isu ini, selain cadangan baru daripada kementerian. "Kita harap mereka dapat memberi respons dan ini merupakan usaha akhir sebelum kita putuskan perkara ini mungkin selepas raya nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Bersepadu Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2010, di Stesen Sentral Kuala Lumpur, di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata, beliau telah mendengar taklimat hasil rundingan meja bulat kedua yang diadakan beberapa minggu lepas yang mana banyak idea dan pandangan bernas yang boleh diambil kira sebagai asas pertimbangan pada rundingan meja bulat yang akan datang.

Apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mengenai klip video pelajar bergaduh yang dimuat turun di laman Youtube, Muhyiddin berkata, ia tidak wajar dijadikan ukuran sebagai kegagalan sistem pendidikan negara.

"Saya dimaklumkan video itu dimuat turun sekitar empat atau lima tahun lepas dan ia tidak boleh digunakan sebagai satu bukti bahawa perbuatan tidak berdisiplin dan mungkin berbau jenayah itu berlaku di mana saja.

"Jangan ambil satu kes dan jadikannya ukuran bahawa sistem pendidikan kita sudah tidak berkesan dalam mengawal disiplin pelajar," katanya.

Muhyiddin berkata peratusan kes disiplin di kalangan pelajar sekolah sebenarnya tidak sampai satu peratus.

Beliau berkata memandangkan sistem persekolahan di negara ini melibatkan 5.6 juta pelajar dengan setiap sekolah mempunyai 1,000 hingga 2,000 pelajar, pihak sekolah harus bijak mengendalikan kes disiplin, sekiranya kes-kes seumpama itu berlaku.

Berdasarkan laporan muka depan yang disiarkan dalam akhbar The Star, dua klip video didakwa memaparkan pergaduhan pelajar sebuah sekolah menengah di Sarawak telah tersebar meluas di laman berkenaan.

Salah satu klip video yang dinamakan “Green Road Fights” dilaporkan mula dipaparkan Khamis lepas menunjukkan tiga pelajar perempuan bergaduh sesama sendiri, manakala satu lagi klip video memaparkan aksi pergaduhan dua pelajar lelaki yang saling bertumbuk dengan sekumpulan pelajar lain memberikan galakkan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan