Kenderaan Bawa Pelancong Thailand Perlu Ada Permit

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PHUKET: Kenderaan yang membawa pelancong dari Thailand yang memasuki Malaysia melalui kawasan sempadan perlu terlebih dahulu memperolehi permit daripada Pelancongan Malaysia, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata syarat baru itu dijangka dilaksanakan sepenuhnya selepas Hari Raya ini.

"Hanya kenderaan yang telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) yang boleh memohon permit Pelancongan Malaysia bagi membolehkan mereka membawa masuk pelancong ke Malaysia.

"Syarat baru ini bagi memastikan mereka dapat dilindungi dan terdapat ketelusan," katanya kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatan beliau ke sini.

Beliau berkata syarat tersebut sudah diguna pakai ke atas kenderaan pelancong yang membawa masuk pengunjung dari Singapura.

Peraturan baru itu diperkenalkan berikutan ketidakpuasan hati pengendali kenderaan dari Thailand yang mendakwa mereka sering didenda oleh Jabatan Pengangkutan Jalan ketika membawa masuk pelancong ke Malaysia.

Dr Ng berkata pengendali pelancong terutama dari selatan Thailand tidak memahami syarat yang dikenakan pihak Malaysia ketika membawa masuk pelancong Thai ke Malaysia.

Katanya kenderaan Thailand boleh memohon permit di pejabat Pelancongan Malaysia di Alor Setar dengan membayar RM50 untuk sekali masuk.

Beliau berkata dari Januari hingga Jun tahun ini, seramai 911,000 pelancong Thai memasuki Malaysia melalui pintu masuk sempadan.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan