Kelab Putera 1Malaysia Agih Penapis Air Kepada Mangsa Banjir Pakistan

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PESHAWAR: Kelab Putera 1Malaysia mengagihkan alat penapis air kepada mangsa banjir di sini sebagai usaha memastikan mereka mendapat bekalan air bersih untuk keperluan harian, Sabtu

Presiden kelab, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata untuk tujuan itu pihaknya membekalkan lebih 1,000 unit alat penapis air bagi kegunaan kira-kira 1,000 buah keluarga.

"Kita melihat masalah besar mereka ini (bekalan air bersih), kita memberi mineral water kepada mereka tetapi itu sekadar bantuan peringkat awal. Tetapi untuk jangka masa yang panjang, kita telah membawa alat penapis air yang khas dibuat di Malaysia di mana penapis ini canggih. Kalaulah air banjir kita masukkan dalam alat ini, terus mereka boleh minum.

"Ini kita bawa untuk kita bantu rakyatnya (Pakistan) dan ianya boleh menampung sehingga 1,500 liter air. Kita akan beri setiap rumah satu dan kita juga akan pergi ke kem-kem (pusat pemindahan) ini supaya berikan kepada mereka selain daripada air mineral," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia yang menyertai misi bantuan Kelab Putera 1 Malaysia, yang turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Ahmad Anwar Adnan.

Abdul Azeez berkata alat penapis air yang dinamakan UFILTA itu adalah ciptaan rakyat Malaysia dan harga pasaran mencecah RM100.

Beliau berkata pihaknya turut akan mengadakan kajian keberkesanan alat penapis air itu dan akan meminta sokongan daripada kerajaan Malaysia untuk memperbanyakkan lagi bantuan UFILTA bagi membantu rakyat Pakistan.

Sementara itu, Ahmad Anwar berkata pada keseluruhan di Pakistan, tiada bekalan air bersih dibekalkan.

"Pada dasarnya, memang di sini tidak ada air bersih. Jadi seluruh Pakistan ini, kita tak minum air paip tapi air dalam botol (air mineral).

"Untuk orang-orang tempatan, mereka tidak ada alternatif lain walaupun disediakan air minuman (dirawat), kadang-kadang air itu tercemar kerana di sini sistem saluran kumbahan memang tak begitu bagus dan bermasalah," katanya.

Misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Pakistan disertai 68 sukarelawan termasuk 40 orang doktor dalam pelbagai bidang perubatan serta wakil media massa dan misi itu akan dilanjutkan selama 12 hari lagi bermula Jumaat dan dijangka berakhir pada 14 September ini.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan