Kejadian Paling Menyayat Hati Bapa Ustazah

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: "Inilah kejadian paling menyayat hati yang menimpa keluarga," kata bapa ustazah Norliza Ishak yang ditemui mati bersama-sama anak lelakinya di rumah mereka di Port Dickson Jumaat.

Ishak Mohd Isa, 62, dari Kampung Pulau Raja, Palekbang, dekat sini, dengan nada sedih berkata beliau amat terkejut apabila mendapat tahu berita yang menimpa anak dan cucunya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10.

Dua beranak itu ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan kedua tangan serta kaki diikat dan muka mereka ditutup menggunakan kain di sebuah apartmen di Jalan Sutera Lama, di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

Beliau berkata anak dan cucunya itu sepatutnya pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri malam tadi.

"Apa boleh buat...semuanya ditentukan oleh takdir dan saya reda," katanya di Kampung Pulau Raja, Palekbang, dekat sini Sabtu.

Menurut Ishak, Norliza, 35, anak sulung daripada 14 adik beradik itu, mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Port Dikson tiga tahun lepas selepas menjalani kursus di Maktab Perguruan Taman Malewar Negeri Sembilan tiga tahun lepas.

Katanya suami anaknya berada di Mesir membuka kedai makan di bandar Kaherah selepas menuntut di Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin.

"Mereka berkahwin ketika sama-sama belajar di sana (Mesir) dengan mendapat seorang cahaya mata," katanya.

Katanya, kali terakhir beliau menemui Norliza dua bulan lepas ketika Allahyarham pulang untuk meraikan majlis kenduri cukur jambul anak saudaranya.

"Cuma dua tiga hari lalu dia ada menelefon dan memberitahu akan balik pagi ini (Sabtu) dengan bas ekspres dan bercadang untuk membuat kuih bersama adik-adiknya di rumah ini," kata Ishak yang bekerja sebagai tukang rumah.

Katanya percaya kes itu berpunca daripada kes rompakan, kerana semua barang berharga termasuk wang tunai, sebuah komputer riba dan telefon bimbit anaknya hilang.

Beliau berkata suami Allahyarham, Mohd Yusoff Awang Besar, tiba dari Mesir pukul 5 pagi tadi dan jenazah dua beranak itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung hari ini.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan