Gempa Bumi: Rakyat Malaysia Di New Zealand Selamat

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Semua rakyat Malaysia yang berada di South Island, New Zealand dilapor selamat dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.1 pada Skala Richter, iaitu yang terbesar bagi tempoh 80 tahun di negara itu, awal pagi Sabtu.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand Datuk Hasnudin Hamzah berkata pihaknya kini memantau keadaan di situ ekoran kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.35 pagi waktu tempatan (12.35 tengah malam waktu Malaysia).

"Kami ada menerima panggilan dari wakil pelajar di kawasan itu dan menyatakan mereka semua selamat. Namun keadaan masih belum sepenuhnya stabil.

"Semua maklumat terkini diedarkan menerusi apa juga saluran yang mungkin termasuk emel, Facebook dan Twitter," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Gempa itu berpusat 14 km dari tenggara Christchurch, bandar raya terbesar di South Island dan kedua terbesar di negara tersebut.

Terdapat 403 pelajar Malaysia sedang menuntut di South Island iaitu di University of Canterbury, Lincoln University dan University of Otago - kesemuanya di Christchurch - serta beberapa kolej dan politeknik.

Hasnudin turut menasihatkan rakyat Malaysia terutamanya pelajar agar menghubungi keluarga masing-masing di tanah air bagi memaklumkan keadaan mereka.

"Terdapat juga beberapa pelajar yang menghubungi pihak Suruhanjaya menyatakan bahawa rumah mereka mengalami kerosakan kecil seperti pintu rosak, cermin pecah akibat gempa bumi itu," katanya.

Mengikut maklumat yang dikeluarkan Suruhanjaya itu, gempa tersebut mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan infrastruktur termasuk jambatan serta jalan raya.

Laporan media tempatan menyebut dua orang mengalami kecederaan serius dalam kejadian tersebut, selain semua akses komunikasi dan bekalan elektrik terputus pada sebelah pagi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan